Manchester United

LONDON – Manchester United terus gagal meraih kemenangan pertama dalam Liga Europa apabila terikat 1-1 menentang Fenerbahce di Istanbul, awal pagi tadi.

Christian Eriksen meletakkan kelab Inggeris itu di hadapan pada separuh masa pertama tetapi disamakan menerusi tandukan Youssef En-Nesyri pada awal babak kedua.

Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho, diarah keluar ke tempat penonton kerana membantah keputusan pengadil.

Bekas pengurus Red Devils itu diarah keluar ke tempat penonton selepas marah kerana pasukannya dinafikan penalti akibat kekasaran terhadap Bright Osayi-Samuel.

United berjaya bertahan daripada tekanan awal dan pada minit ke-15 Eriksen melepaskan rembatan ke sudut atas dari dalam kawasan penalti.

Bagaimanapun, bekas penyerang Sevilla – yang menjaringkan dua gol ketika pasukan Sepanyol itu menyingkirkan United daripada kejohanan ini pada 2023 – menyamakan kedudukan empat minit selepas babak kedua bermula apabila menanduk masuk hantaran silang dari sayap kiri.

United mengawal sebahagian besar separuh masa kedua tetapi tidak dapat mencari gol kemenangan, untuk menjadikannya tiga keputusan seri berturut-turut dalam kejohanan ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here