Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang pesara kerugian kerugian RM478,050 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang disiarkan di laman Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa itu telah melakukan 33 transaksi ke dalam empat akaun berbeza setelah diarahkan oleh supsek.

“Pada 16 Julai lalu mangsa seorang lelaki berumur 69 tahun telah berminat dengan tawaran pelaburan melalui aplikasi Facebook bernama MMCT.

“Mangsa juga diberikan pautan untuk muat turun sistem pelaburan bernama MMCT Pro,” katanya menerusi kenyataan .hari ini.

Menurut Yahaya, suspek telah memberikan latihan melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa selain meyakinkan beliau boleh mendapat keuntungan 300% daripada jumlah saham yang dilabur.

Tambah beliau,  dalam tempoh 10 September  2024 hingga 22 Oktober lalu mangsa telah membuat pemindahan wang melalui mesin deposit tunai (CDM).

Namun mangsa mula berasa curiga apabila wang simpanannya yang dilabur tidak dapat dikeluarkan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here