Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR- “Saya gembira apabila Perdana Menteri menerima baik permohonan maaf (Datuk Seri) Najib Razak kepada rakyat Malaysia,” kata Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, tindakan itu menunjukkan Datuk Seri Anwar adalah seorang yang pemurah dan lembut hati.

“Semua hakim percaya beliau bersalah namun itu tidak bermakna kita tidak boleh mempunyai pandangan berbeza.

“Tambahan pula, beliau sedang menjalani hukuman, jadi mengapa mempersoalkan permohonan maaf tersebut.

“Sama ada beliau ikhlas atau tidak, apa yang penting adalah apa yang difikirkan oleh PM kerana ia merupakan kunci kepada UMNO dan masa depan Najib,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau memberi komen berhubung respons segelintir pihak yang menyifatkan permohonan maaf Najib sebagai tidak ikhlas.

Menurut Zaid, orang ramai tidak sepatutnya mengharapkan bekas Perdana Menteri itu untuk meminta maaf kerana mencuri dana 1MDB sekiranya beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Katanya, permohonan maaf Najib kerana skandal 1MDB berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sudah cukup baik.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here