Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

PETALING JAYA – Sebanyak 12 daripada 156 Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) diturunkan penarafan di bawah Sistem Penarafan Bintang (SPB-PBT) pada 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia susulan penyenaraian kriteria terbaharu berkaitan pencegahan rasuah.

“Berikutan itu, kali ini 12 PBT diturunkan tarafnya yang mana dulu dia lima Bintang kini jadi empat Bintang dan begitu juga dengan empat Bintang türün kepada tiga Bintang dan sebagainya.

“Ada yang jatuh dan ada yang meningkat pada tahun ini dan ini adalah langkah untuk mencerminkan prestasi PBT masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Konvensyen PBT 2024 di sini hari ini.

Ditanya langkah yang diambil terhadap PBT yang mencatat penurunan taraf, Kor Ming berkata pihaknya akan memberikan kaunseling kepada PBT terbabit supaya mereka boleh memperbaiki prestasi.

Dalam pada itu katanya, PBT berstatus majlis daerah, perbandaran dan bandaraya yang dinobatkan sebagai Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1 juta.

Manakala Naib Johan akan menerima RM500,000 dan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM300,000. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast