TEHRAN- Seorang imam maut akibat ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali selepas selesai solat Jumaat, di selatan Iran.
Mohammad Sabahi menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah hospital selepas mengalami kecederaan parah akibat insiden itu, kata Gabenor Kazeroun, Mohammad Ali Berkhrad pada Jumaat.
Menurut beliau, penyerang kemudiannya menembak diri sendiri sejurus selepas melakukan serangan.
Siasatan masih dijalankan. -IRNA