Ina Naim

KUALA LUMPUR- Ina Naim, 40, mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.

Beliau yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan tersebut namun perlu menghormati perasaan ibu bapanya.

Tambahan pula majlis berkenaan akan diadakan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.

Menurut Ina, beliau mula mengenali lelaki berkenaan yang juga peminat arwah suaminya selepas Aidilfitri.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here