Lokasi dua beradik meninggal dunia akibat lemas di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Kuala Selangor.

KUALA LUMPUR –  Kegembiraan dua beradik bermandi-manda di kawasan parit bertukar tragedi apabila ditemukan lemas di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Kuala Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit pada jam 9.51 malam.

“Hasil siasatan mendapati, kedua-dua mangsa berusia 7 dan 9 tahun itu sedang bermain di kawasan parit dan kemudiannya terjatuh pada kedalaman lebih kurang enam kaki.

“Kemudian, bapa mangsa dimaklumkan kehilangan mangsa sekitar jam 6 petang dan menemukan mereka pada pukul 6.50 petang.

“Kedua-dua mangsa segera dihantar ke Hospital Tanjong Karangdan  pegawai perubatan mengesahkan mereka telah meninggal dunia. Punca kematian akibat mati lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here