Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melawat tapak pameran Advance Pact di Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hadir meninjau pameran kesihatan (reruai) Advance Pact Sdn Bhd (APSB) sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 sebentar tadi.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap jurucakap kerajaan kelihatan teruja dengan penerangan diberikan berkaitan Advance Pact oleh Ketua Pegawai Eksekutif APSB, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil.

Selain itu, Siti Ainol memberikan penerangan berkaitan produk utama yang dibangunkan APSB iaitu alat bantuan pernafasan (ventilator) atau VS1 yang sudah berjaya melepasi peringkat ujian klinikal kepada Fahmi.

Pemimpin PKR itu juga sempat bertanya tentang beberapa perkara berkaitan APSB kepada Siti Ainol dan warga kerja yang sudah berada di pameran kesihatan MIH Megatrends sejak semalam lagi.

Untuk makluman APSB merupakan antara syarikat yang menyertai MIH Megatrends 2024 dengan membuka reruai yang mempamerkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu dalam program yang berlangsung di Pusat Konvenysen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melawat tapak pameran Advance Pact di Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Pameran kesihatan MIH Megatrends ini menghimpunkan golongan profesional penjagaan kesihatan, pemimpin industri dan penggubal dasar untuk menerajui penyelesaian dan kemajuan terkini dalam sektor penjagaan kesihatan.

Acara dianjurankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MoH) dengan kerjasama KPJ Healthcare dan sokongan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Persidangan yang bermula semalam dan akan berakhir esok ini menghimpunkan golongan profesional penjagaan kesihatan, pemimpin industri dan penggubal dasar untuk menerajui penyelesaian dan kemajuan terkini dalam sektor penjagaan kesihatan.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menyempurnakan perasmian MIH Megatrends 2024 yang disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Fahmi Fadzil. –MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here