Kemalangan tiga buah kenderaan di Jalan Kuala Selangor- Teluk Intan, di Sekinchan, Selangor, awal pagi tadi. Foto Ihsan JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR –  Dua mangsa cedera dan tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuala Selangor- Teluk Intan, di Sekinchan, Selangor, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejaian pada 2.21 pagi.

Susulan itu, seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bersama sebuah jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi terbabit.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Malah terdapat lapan mangsa terbabit dalam kemalangan dengan enam daripadanya telah dikeluarkan orang awam dan mengalami kecederaan.

“Dua lagi mangsa ditemui tersepit dan cedera di bahagian kaki kiri dan seorang lagi mangsa cedera di sebelah kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihak bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here