Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bercakap pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. Foto SADIQ SANI, 26 OKTOBER 2024

PETALING JAYA- Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini digalakkan untuk segera mengemukakan permohonan untuk inisiatif Bandar Pintar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya akan memantau progress inisiatif berkenaan berikutan peruntukkan RM15.1 juta yang diumumkan khusus untuk Bandar Pintar dalam Belanjawan 2025.

“Sebagai contoh, PBT boleh melaksanakan sistem lampu trafik Pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengintegrasikan teknologi rumah hijau selain memasang panel solar untuk Tenaga boleh diperbaharui serta mentrasformasikan kalam takungan kepada taman rekreasi awam.

“Kesemua inisiatif ini kini dibuka kepada PBT untuk menghantar permohonan mereka,” katanya selepas menyempurnakan Konvensyen PBT 2024 di sini hari ini.

Tambah Kör Ming, Malaysia kini berada dalam landasan terbaik ke arah inisiatif Bandar Pintar.

Menurut beliau, ibu kota Kuala Lumpur kini melonjak 16 tangga dan menduduki tempat ke-73 dalam Indeks Bandar paling Pintar di dunia.

“Perjalanan Malaysia masih jauh untuk mencapai sasaran kedudukan 23 bandaraya paling Pintar di dunia dan masih ketinggalan jauh di belakang bandaraya seperti Zurich (1), Oslo, Norway (2) dan Singapura (5).

“Masih banyak perkara yang kita perlu lakukan, apa pun saya secara ikhlas optimis kita sedang progres dan bergerak perlahan ke arah itu.

“Dalam mana-mana inisiatif Bandar Pintar, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kementerian saya dan tiada yang lebih penting berbanding dengan Kebajikan dan kesejahteraan rakyat kita.

“Dari şegi teknologi dan inovasi saya percaya elemen kemanusiaan masih ada keutamaannya dan kami mahu mewujudkan bandar yang inklusif dan lestari yang selesa diduduki semua,” ujarnya.

Kor Ming juga menegaskan bahawa beliau akan duduk dan berbincang dengan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai sasaran KL untuk tahun depan dalam soal Indeks Bandar Pintar Dunia.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here