Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang peniaga di Jerantut mengalami kerugiann RM446,800 dalam tempoh tiga hari setelah terpedaya dengan dua  suspek yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan pihak polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 42 tahun itu telah membuat pemindahan dengan melakukan 61 transaksi ke 11 akaun bank bagi tujuan siasatan oleh suspek sejak 22 hingga 24 Oktober lalu.

Mangsa telah menerima panggilan telefon daripada Pegawai MCMC dan dimaklumkan nombor telefon mangsa digunakan untuk aktiviti penipuan ketika dihubungi 22 Oktober lalu.

”Panggilan telefon tersebut telah disambungkan kepada polis dan suspek mengatakan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.

”Mangsa berasa takut apabila menerima waran tangkap yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi WhatsApp,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Namun pada 25 Oktober mangsa berasa ditipu apabila suspek tidak memulangkan wang seperti yang dijanjikan setelah selesai siasatan.

Polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak Polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here