Swee Sake.

GEORGE TOWN – Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai menyerang seorang peguam menggunakan besi dalam kejadian di Persiaran Karpal Singh 2 di sini, Selasa lalu.

Kejadian pada jam 9.50 pagi menyebabkan mangsa berusia 37 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, mangsa menerima tujuh jahitan di kepala dan siasatan lanjut motif bukan berunsurkan samun.

“Siasatan lanjut  mendapati mereka diupah oleh seseorang atau “mastermind” untuk menyerang mangsa dengan menggunakan besi.

“Semakan juga mendapati mereka menaiki kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Swee Sake meminta orang ramai yang terlihat kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan serangan terhadap mangsa yang juga anggota Badan Peguam Malaysia.

Presiden Peguam Ezri Abdul Wahab dalam satu kenyataan berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat diserang dua lelaki bersenjatakan batang besi.

Katanya, serangan yang dipercayai dirancang itu bukan sahaja ke atas individu tetapi juga terhadap kedaulatan undang-undang selain menggesa polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera serta tegas. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here