Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Ke-19 di Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang hari ini

KUANTAN – Inisiatif program pelancongan pendidikan atau edutourism Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) menjadikan universiti awam itu sebagai hab pelancongan pendidikan utama di negeri ini.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah bertitah program tersebut menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan komuniti dan keupayaan ekonomi setempat.

”Program yang bermula pada Mei 2024 telah berjaya menarik penyertaan lebih 150 orang peserta antarabangsa dari Indonesia, China, Yemen, Iraq, Palestin, Mesir, Pakistan, Bangladesh, dan Somalia.

”Program ini melibatkan pakej modul pembelajaran bahasa inggeris serta elemen teknologi yang menerapkan budaya dan warisan serta mengunjungi tempat-tempat menarik, khususnya di negeri Pahang,” titah baginda.

Tengku Hassanal yang juga Pro-Canselor UMPSA bertitah demikian ketika berangkat menyempurakan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Ke-19 di Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang.

Tuanku bercemar duli menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah keemerlangan kepada seramai 348 penerima ijazah doktor falsafah (PhD) dan ijazah sarjana serta 64 graduan ijazah dan 21 penerima anugerah keemerlangan pada sesi pertama hari ini.

Baginda turut bercemar duli menganugerahkan Gelaran Profesor Emeritus kepada Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim yang merupakan penganugerahan tertinggi akademik atas pelbagai sumbangan yang telah dicurahkan kepada universiti dan pendidikan tertinggi negara.

Selain itu, buat pertama kalinya tiga orang graduan perintis program ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian iaitu seorang dari UMPSA dan dua orang dari Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU), Kazakhstan akan menerima dua ijazah serentak bagi program kerjasama ijazah dual.

Hadir sama Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 bermula hari ini bakal menyaksikan seramai 5’115 graduan bagi tahun 2024 yang terdiri daripada graduan doktor falsafah (83) dan sarjana (180), graduan sarjana muda (2538), jazah Dual (64) dan diploma (533) serta graduan program pembelajaran sepanjang hayat UMPSA Advanced (1,717) yang menerima ijazah dan diploma masing-masing.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here