Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Sepasang suami isteri maut  manakala anak lelaki mereka cedera apabila kereta yang dinaiki sekeluarga itu melanggar sebuah jentera pengorek tanah dalam kejadian awal jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua- dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi nahas berhampiran Kem TUDM Batu 10, Jalan Kuantan – Maran di sini.

Mangsa dikenali Mohd Fadli Mohd Abidin,42, merupakan pesara awal bomba dan Rohafiza Taha,50 bekerja sebagai guru beralamat terakhir di Jalan Kuantan, Taman Geliga Besar, dekat Kemaman Terengganu.

“Manakala mangsa yang tercedera telah dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut menggunakan ambulans.

“Siasatan awal dapati, mangsa dari arah Gambang menghala ke arah Kemaman.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, semasa kereta mangsa bergerak lurus, tiba-tiba telah hilang kawalan dan melanggar jentera pengorek tanah yang di letakkan di bahu jalan,” katanya.

Mangsa yang cedera di bahagian muka dan kepala kini sedang dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Jenazah mangsa dihantar Jabatan Forensik HTAA bagi proses bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut  dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here