Suasana di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. foto Arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, sebaliknya ia hanyalah simulasi kecemasan mengendalikan insiden pesawat terhempas dengan penglibatan bersama beberapa agensi penyelamat.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) turut memantau latihan malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, tular laporan berhubung insiden pesawat terhempas yang menyebabkan 10 maut dan 67 lagi cedera di aplikasi WhatsApp. –  BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast