Penduduk yang mendapat sumbangan pada program Jelajah Peduli Ummah di Madrasatul Khairat, Desa Pandan Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 orang untuk dibantu program Jelajah Peduli Ummah: Program Ummah Bantu Ummah Sejahtera Insan Al-Falah.

Setiausaha Agung MAPIM, Kolonel Bersekutu (PA), Muhammad Faris Hussain berkata, ia sebagai usaha memperkukuhkan semangat kesepaduan komuniti dan keprihatinan sosial dengan menggariskan beberapa matlamat utama yang menyentuh aspek kemasyarakatan, kesihatan dan nilai kemanusiaan.

Menurutnya, melalui pengagihan kotak bantuan dan pek makanan yang disediakan oleh dapur bergerak, Mobile Kitchen, MAPIM berharap dapat meringankan beban golongan asnaf.

“Selain pemberian bantuan keperluan asas, program ini juga berfungsi sebagai platform untuk menyemarakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan nilai murni dan tanggungjawab sosial.

“Sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu dalam aktiviti rewang bagi menyediakan makanan untuk penduduk setempat.

“Usaha ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai individu dan organisasi untuk turut serta dalam aktiviti amal yang mampu membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Faris berkata, aspek kesihatan juga menjadi fokus utama dalam program berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan percuma melalui Mobile Clinic disediakan.

Penduduk yang mendapat sumbangan pada program Jelajah Peduli Ummah di Madrasatul Khairat, Desa Pandan Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.

Terdahulu, katanya, program tersebut telah diadakan di Flat Desa Pandan dekat sini hari ini dengan penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, tahap gula dalam darah serta mendapatkan nasihat kesihatan secara percuma.

Inisiatif itu, kata beliau, bukan sahaja bertujuan untuk membantu dari segi kesihatan fizikal, malah berperanan dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit sebagai langkah awal dalam membina komuniti yang sihat.

Program dirasmikan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada program Jelajah Peduli Ummah di Madrasatul Khairat, Desa Pandan Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa kesejahteraan rakyat khususnya golongan asnaf dan mereka yang berada di bawah paras kemiskinan.

Malah, katanya, inisiatif yang ditunjukkan oleh Johari menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sosial dan peranan pemimpin dalam mendekati rakyat di samping menyampaikan bantuan secara peribadi sebagai tanda sokongan.

Program itu turut menggariskan beberapa matlamat utama yang menyentuh aspek kemasyarakatan, kesihatan dan nilai kemanusiaan.

“Melalui pengagihan kotak bantuan dan pek makanan yang disediakan oleh dapur bergerak, Mobile Kitchen MAPIM berharap dapat meringankan beban golongan asnaf.

“Selain pemberian bantuan keperluan asas, program ini juga berfungsi sebagai platform untuk menyemarakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan nilai murni dan tanggungjawab sosial.

“Sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu dalam aktiviti rewang bagi menyediakan makanan untuk penduduk setempat.

“Usaha ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai individu dan organisasi untuk turut serta dalam aktiviti amal yang mampu membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan,” katanya.

Program berkenaan turut mendapat sokongan penuh daripada rakan strategik iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), ZUS Malaysia dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast