Anggota dsan pegawai Maritim Malaysia menandatngani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

KUALA LUMPUR – Seramai 4,757 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selesai menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, SSPA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaharui dan memperkasakan sistem perkhidmatan awam di Malaysia.

Menurutnya, pelaksanaan SSPA dilihat akan memperkukuh kualiti penyampaianperkhidmatan awam dan Maritim Malaysia menyambut baik pelaksanaan sistem saraan baharu ini.

“Inisiatif ini merupakan langkah penting yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mereformasi struktur saraanpegawai awam.

“SSPA bukan sahaja memperkenalkan penambahbaikan dari segi struktur gaji dan imbuhan, tetapi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif serta peluang peningkatan kerjaya yang lebih jelas kepada anggota perkhidmatan awam, termasuk Maritim Malaysia,” katanya dalam kenytaan, hari ini.

Terdahulu, pelaksanaan menandatangani opsyen SSPA warga Maritim Malaysia dimulakan dengan sesi taklimat kepada pegawai dan anggota di seluruh negara yang bermula pada 30 September hingga 17 Oktober lepas.

Proses diteruskan dengan sesi menandatangani borang opsyen SSPA pada 21 Oktober lalu dimulai oleh pengurusan tertinggi Ibu Pejabat Maritim Malaysia sehingga peringkat anggota pelaksana yang berakhir pada 25 Oktober.

Opsyen SSPA warga Maritim Malaysia merujuk kepada dua Pekeliling Perkhidmatan iaitu perkhidmatan penguatkuasa maritim dan perkhidmatan gunasama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Madani dan semua pihak yang terlibat dalam merangka dan melaksanakan SSPA.

“Kejayaan pelaksanaan sistem ini bergantung kepada komitmen dan kerjasamasemua warga Maritim Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan perubahan,” ujarnya.

Berkuatkuasa pada 1 Disember ini, SSPA diperkenalkan sebagai satu system yang lebih komprehensif menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) bagi meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta meningkatkan daya saing negara. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here