Penyampaian sumbangan barangan makanan sempena Deepavali oleh parti Makkal Sakti Jempol baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Deepavali, seramai 500 penduduk setempat dalam kalangan B40 di Jempol, Negeri Sembilan mendapat perhatian parti Makkal Sakti di negeri itu.

Rata-rata mereka yang akan merayakan pesta cahaya itu minggu depan bukan sahaja diraikan dalam satu majlis sebaliknya turut diberikan bantuan barang makanan bagi meringankan golongan itu di Dewan Besar Kampung Taman Jaya.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Ketua Bahagian Makkal Sakti Jempol, Murthy Kumaran berkata, pihaknya lega apabila rata-rata keperitan masyarakat India di kawasan itu bukan sahaja mendapat perhatian pemimpin negeri sebaliknya juga acara inisiatif Kerajaan Madani.

Kata Murthy, usaha awal beliau bersama pemimpin setempat adalah mengenal pasti keluarga B40 sebelum menyalurkan keperluan yang berupa barangan makanan terlebih dahulu memandangkan perayaan tinggal seminggu sahaja lagi.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir memeriahkan majlis sumbangan semalam.

“Bantuan makanan dan penyampaian hamper ini memang dilakukan saban tahun bagi penduduk setempat, kali ini ianya lebih meriah kerana ramai beri sokongan seperti pejabat ADUN dan Ahli Parlimen Jempol.

“Kita kenal pasti sekurang-kurangnya 100 atau lebih orang dalam kalangan B40 dari setiap empat Dun di Jempol. Kemudian kita rancang sebuah majlis besar dan jemput Exco Kerajaan Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.

“Pemberian seperti ini tidak berhenti di sini sahaja sebaliknya kita santuni mereka, dengar isu-isu mereka dan komited dalam terus membantu mengikut keperluan dari masa ke semasa. Cumanya, ini adalah musim perayaan jadi bantuan itu lebih meriah sedikit,” katanya.

Kata Murthy lagi, beliau amat gembira apabila melihat majlis berjalan lancar dengan hubungan antara komuniti dan pemimpin masyarakat terus kukuh kerana rakyat mahu kerajaan serta pimpinannya sentiasa tampil jaga kebajikan.

“Selalunya, rakyat fikir program seperti ini hanya diadakan pada masa-masa pilihan raya untuk raih undi tetapi hakikatnya, kita tetap komited dan prihatin dengan keperluan masyarakat setempat tidak kira apa jua keadaan.

“Program pemberian makanan seperti ini tidak boleh dianggap ringan kerana hakikatnya ramai masih lagi menanggung bebanan besar, tidak mempunyai kapasiti kewangan yang kukuh serta ahli keluarga ramai.

“Semoga pemberian kami ini memberi sinar kepada sambutan cahaya ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here