Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Ahmad Zahid Hamidi

TEMERLOH – “Pelantikan Datuk Seri Wee Ka Siong adalah atas persafahaman antara saya dan dia,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Beliau yang mengulas rasa tak puas hati segelintir pemimpin MCA atas pelantikan Presiden MCA itu sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia berkata, pelantikan itu tidak menjejaskan kedudukan Ka Siong dalam parti.

Namun, selepas pelantikan itu diumumkan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA minggu lepas, ia menimbulkan reaksi tidak senang dalam kalangan ahli parti itu yang mana jawatan tersebut dikatakan tidak sepadan dengan taraf Ka Siong sebagai Presiden Parti.

“Tidak (menjatuhkan maruah sebegai Pengerusi MCA). Ini persefahaman antara kami berdua dan sebagai penghargaan kepada beliau yang boleh membawa pelabur-pelabur daripada China dan membantu saya sebagai Pengerusi Majlis Halal Malaysia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Pahang sempena Sambutan Jubli Emas BN ke-50 di Dewan Tun Razak, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pelantikan Ka Siong dibuat berdasarkan latar belakang dan pengalamannya selama ini dan ia merupakan penghargaan kepada beliau yang boleh membawa pelabur-pelabur daripada China. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here