KUALA LUMPUR –Polis sedang mengesan dua individu kerana terlibat mencuri telefon bimbit di Monet Spring Time, Sunsuria City Sepang, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. G. Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu telefon bimbitnya dicuri oleh suspek yang merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Katanya, kejadian itu mendapat perhatian susulan rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu telah tular di media sosial.

“Suspek menaiki mtosikal jenis Yamaha 125Z warna biru menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai hingga tujuh tahun atau dena atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shan Gopal berkata, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah sedang berusaha mengesan suspek.

Tambah beliau, dalam kejadian itu mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM8,000 susulan daripada telefon bimbit yang dicuri daripada kedua-dua suspek.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai yang mempunyai meklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat SM Mohd Zulfadli Muhd Nor di talian 011-11484873 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here