Fattah Amin semakin laris sejak bercerai.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai sebulan bergelar bapa tunggal, rezeki pelakon, Fattah Amin melimpah ruah selepas bercerai disebabkan tawaran kerja datang tidak henti-henti ketika ini.

Pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-30 itu seolah-olah tidak menang tangan memenuhi permintaan pihak yang ingin mendapat khidmatnya.

Sebelum ini, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin terus menjadi fenomena apabila dipercayai berjaya menjual hampir 10,000 set daging kambing perap selepas tiga jam bersiaran dalam TikTok.

Namun dia menolak bayaran komisen jualan daging kambing perap sebanyak RM90,000 mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

Terbaharu pelakon terkenal itu melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi bersama pusat tuisyen terkemuka, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.

Sesi percubaan itu bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.

Bapa kepada Nur Fatima Aisya yang sememangnya dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda melihat ia sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.

“Sesi percubaan secara percuma ini adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.

“Adik-adik yang baru lepas percubaan SPM itu mesti sedang risau sebab emak dan ayah bagi harapan tinggi pada SPM yang akan datang ini. Jadi, dua bulan lagi tinggal untuk mereka menduduki SPM. Apa yang perlu dibuat?

Pelakon, Abdul Fattah Mohd Amin beredar selepas disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

“PTTI ada program khas selama tiga bulan yang cover semua topik dan teknik untuk menjawab. Kalau nak tahu, PTTI adalah pusat yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Malah, ada yang dapat gred G bertukar kepada gred A.

“Sekarang ini, saya bersama PTTI nak bagi sesi percubaan secara percuma. Caranya mudah saja iaitu DM terus ke akaun PTTI online. Mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Axia. Tempat ini terhad kepada 1000 orang sahaja,” katanya dalam satu rakaman video di TikTok miliknya.

PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.

“Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda. Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI,” katanya.

Nama Fattah menjadi perhatian selepas bercerai talak satu dengan pelakon Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober lalu.

Sejak itu, ramai netizen dan rakan selebriti bersimpati dengan nasib yang menimpa Fattah malah tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here