Pelakon, Farid Kamil bersama isterinya, Diana Danielle.

KUALA LUMPUR – “Saya sudah buat keputusan untuk berpisah dengan suami saya secara rasmi dan akan memfailkan perceraian.

“Tidak! Saya tak akan beri sebarang penjelasan”.

Itu kenyataan pelakon Diana Danielle yang mengejutkan apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil dalam perkongsian di akaun Instagram.

Ibu kepada dua cahaya mata itu secara tegas seolah-olah memberi peringatan kepada aktor tersebut agar tidak memujuknya lagi selepas mereka kembali rujuk setahun lalu.

Bagaimanapun, pemilik nama nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

“Mungkin dia akan buat seperti biasa dengan bunga dan cincin serta janji kosong. Jangan pujuk,” ujarnya.

Dalam masa sama, Diana turut meninggalkan kapsyen dalam hantaran Instagram seolah-olah sudah tekad mahu berpisah buat kali kedua.

“Rujuk bukan untuk semua, lepaskan saya. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here