Naib Presiden AS dan calon Demokrat bagi Pemilihan Presiden 2024, Kamala Harris Foto AFP

TEHRAN- Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris percaya, Tehran akan melakukan kesilapan sekiranya mereka memberi respon terhadap serangan Israel.

Menurut laporan IRNA, kenyataan calon Presiden AS itu dibuat sebagai menjawab soalan yang ditanyakan pembaca berita CBS Evening News pada Sabtu.

Katanya, mesej beliau kepada Iran adalah “jangan respons.”

Tambah Kamala, AS bersedia untuk mempertahankan Israel seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Kami akan melakukannya lagi (mempertahankan Israel). Tetapi perkara yang paling penting ketika ini adalah mengurangkan peningkatan konflik di rantau ini.

“Dan ketika ini kami sedang berusaha melalui saluran diplomatik dan saluran-saluran lain bagi memastikan konflik diredakan.”

Beliau turut memberitahu wartawan pada Sabtu, AS berazam untuk mengurangkan ketegangan di Asia Barat. -IRNA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.