Mas Ermieyati Samsudin
Mas Ermieyati Samsudin

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai Ketua Srikandi Bersatu yang baharu selepas dipilih oleh pewakilan daripada 181 sayap bahagian parti itu, Sabtu lalu.

Keputusan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu, di sini hari ini.

Mas Ermieyati menggantikan bekas Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menarik diri daripada bertanding pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi pula dipilih Naib Srikandi Bersatu selepas dua jawatan tertinggi sayap itu diumum menang tanpa bertanding.

Manakala Nurul Ezzati Azmi dipilih sebagai Ketua Sayap Srikandi Muda Bersatu sementara Nabila Norshahar diumum sebagai Naib Ketua. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here