Bangunan Bursa Malaysia Berhad di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kembali sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia selepas melupuskan RM196.2 juta ekuiti minggu lalu.

Mereka hanya membeli pada hari Isnin dan Selasa masing-masing pada sebanyak RM39.1 juta dan RM107.6 juta tetapi menjadi penjual dari hari Rabu hingga Jumaat.

MIDF Research berkata, aliran keluar bersih terbesar berlaku pada hari Khamis sebanyak M230.3 juta.

Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah pembinaan (RM86.5 juta), perkhidmatan kewangan (RM85.7 juta) dan penjagaan kesihatan (RM53.0 juta).

Manakala sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM266.9 juta), teknologi (RM50.9 juta), telekomunikasi dan media (-RM45.7 juta).

Selepas jualan bersih minggu sebelumnya, pelabur institusi tempatan membeli sebanyak RM244.6 juta ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur runcit tempatan meneruskan jualan bersih ekuiti berjumlah RM48.4 juta minggu lepas.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan dalam kalangan pelabur asing sebanyak 19.6%.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan dan pelabur institusi tempatan menyaksikan peningkatan dalam ADTV masing-masing sebanyak +2.2% dan +1.8%. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here