Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Pengguna lebuh raya bakal menikmati tol percuma bermula 29 dan 30 Oktober ini bagi menyambut Deepavali.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan kesemua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam, esok dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 30 Oktober ini (Rabu).

“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta itu akan ditanggung oleh Kerajaan Madani dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Pengecualian tol akan diberikan hanya kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Alexander berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang itu sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan pergerakan melalui panduan ditetapkan.

“Pada masa sama, saya mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua syarikat konsesi lebuh raya memohon supaya semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here