Fashion Valet

KUALA LUMPUR- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) rugi RM43.9 juta hasil penjualan pegangan minoriti dalam syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, Khazanah dan PNB hanya menerima RM3.1 juta daripada jualan saham tersebut.

“Kerugian daripada penjualan saham Fashion Valet itu sangat minimum berbanding keseluruhan perolehan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkenaan,” katanya.

Menurut MOF, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang teruk terhadap perniagaan Fashion Valet menyebabkan ia memerlukan modal baharu untuk meneruskan operasi.

Pada 2018, Khazanah melabur RM27 juta manakala PNB melabur RM20 juta bagi memiliki saham minoriti dalam Fashion Valet.

Pada akhir 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners menawarkan diri untuk mengambil alih pegangan Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet dan menyuntuk modal yang diperlukan syarikat itu.

Tawaran tersebut diterima semua pemegang saham syarikat.

Tambah MOF, penjualan saham berkenaan adalah tindakan bertanggung jawab Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet bagi memberi laluan kepada pelabur strategik untuk terus membantu syarikat berkenaan menyelesaikan keperluan kewangannya secara holistik.

Ia juga dapat membantu Fashion Valet memulihkan semula perniagaannya di dalam persekitaran industri yang mencabar. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast