ALOR GAJAH – Mayat seorang wanita yang mengembara sendirian ditemukan terdampar dipercayai lemas di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan wanita berusia 40 tahun itu sekitar pukul 7.25 pagi dalam keadaan memakai pakaian renang dan tertiarap.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai lemas dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

“Turut ditemukan adalah barangan miliknya seperti selipar, baju sejuk dan kunci chalet atas tambak batu pantai,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah

Tambahnya, semakan mendapati mangsa yang beralamat di Kampung Londang, di sini baru saja mendaftar masuk seorang diri untuk dua hari sejak semalam.

“Menurut keluarga si mati, wanita itu sering mengembara seorang diri sebelum ini.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar di Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,”katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast