KUALA LUMPUR- Seorang penghantar makanan dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar anggota polis yang sedang bertugas di Sentul, minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Shamil Md Isa, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merempuh dan melanggar motosikal jenis Honda 150 yang dinaiki Koperal A Rajaratnam, 48, dengan pengetahuan perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.
Kesalahan itu dilakukan di lampu isyarat Jalan Segambut, Plaza Sri Sinar, jam 11.45 malam, 21 Oktober lalu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang penghantar makanan dan guru tadika ditahan selepas melanggar motosikal anggota polis yang membuat pemeriksaan ketika pasangan itu berdua-duaan di dalam kereta sekitar Jinjang.
ARTIKEL BERKAITAN
Takut kantoi berduaan dalam kereta, penghantar makanan langgar motosikal polis