Dari kiri, Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, dan Tengku Fahad Mua’adzam Shah ketika menjalankan Istiadat Menutup Kerja di Istana Abdulaziz di sini pada semalam.

KUANTAN – Tengku Panglima Raja Pahang,  Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan Istiadat Menutup Kerja di Istana Abdulaziz di sini semalam.

Istiadat Menutup Kerja dilakukan sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Berangkat sama, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Arif Temenggung, Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.

Sebanyak 16 das tembakan meriam dilepaskan ketika bendera istiadat diturunkan dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi bin Mohamed Naim.

Terdahulu pada 22 Oktober lalu, Tengku Amir Nasser mengisytiharkan Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz di sini sempena perkahwinan putera diraja.

Anakanda Sultan Pahang yang juga pewaris ganti kedua itu dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini pada 24 Oktober lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya selamat diijabkabulkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast