Elon Musk. foto X

RIYADH- Elon Musk memberi amaran kepada seorang pelabur Arab Saudi mengenai bahaya model-model kecerdasan buatan (AI) yang dikatakan “woke” dan “nihilistic” dan bukannya “mencari kebenaran secara maksimum.”

Definisi woke adalah sedar dan aktif memberi perhatian kepada fakta dan isu penting masyarakat terutamanya berkaitan isu perkauman dan ketidakadilan sosial.

Manakala definisi nihilistic adalah menolak semua agama dan prinsip moral.

Bercakap dalam video klip di Inisiatif Pelaburan Masa depan di Riyadh yang kadangkala dipanggil sebagai Davos di gurun, bilionair tersebut berkata, beliau optimis terhadap teknologi AI bagaimanapun memberi amaran mengenai politik.

“Ia dilatih untuk condong kepada politik dan banyak AI telah dilatih di San Francisco Bay Area.

“Mereka telah mengambil falsafah orang di sekeliling mereka. Ini agak masuk akal.

“Anda mempunyai falsafah woke dan nihilistic yang membentuk kepada AI dan mereka mengajar mereka menyebut perkataan-perkataan yang gila apabila mereka ditimpa masalah,” katanya.

Beliau mengambil contoh AI tersilap meletakkan jantina bintang realiti TV, Caitlyn Jenner dan Elon menyifatkan perkara itu lebih bahaya daripada perang nuklear. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast