KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel kekal bagi tempoh 31 Oktober 2024 hingga 6 November.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter manakala RON95 RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal RM2.95 seliter dan di Sabah, Sarawak serta Labuan RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here