KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati semua 25 pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak melibatkan penggubahan wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 billion adalah sah dan tidak cacat dari segi undang-undang.
Ia melibatkan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan RM2.3 bilion dan 21 pertuduhan penggubahan wang daripada dana dan nilai yang sama.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan dakwaan pasukan pembelaan Najib bahawa kredbliti beberapa saksi tidak utuh adalah tidak benar.
Selain itu, tuduhan bahawa saksi-saksi mempunyai kepentingan juga tidak diterima mahkamah.
Hakim juga memutuskan Najib tidak pernah diprejudiskan dan dikelirukan dalam transaksi-transaksi penyelewengan dana 1MDB serta beliau mempunyai makluman berkaitan perkara itu.
Selain itu, keterangan berkaitan Allayarham Datuk Azlin Alias dan peranan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low oleh saksi-saksi pendakwaan boleh diguna pakai manakala dokumen oleh pegawai penyiasat SPRM, Nur Aida Ariffin juga diterima mahkamah.
Najib juga didakwa dengan sengaja telah mengeluarkan nama Jho Low daripada minit mesyuarat audit 1MDB pada tahun 2016.
Hakim masih lagi sedang membaca keputusan sejak 9.22 pagi tadi.
Najib kelihatan tenang di kandang tertuduh sambil sesekali ditegur oleh ahli keluarganya.
Berita menyusul