Mohammad Hardee (dua dari kiri), R. Ramanan (dua dari kanan) dan Zakiah semasa pelancaran Pelan Halatuju Kelestarian 2.0 SME Bank

KUALA LUMPUR- SME Bank mensasarkan untuk mencapai pembiayaan lestari sebanyak RM10 bilion dan RM1 bilion bagi pembiayaan hijau menjelang 2030.

Pemangku Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim berkata, pembiayaan lestari itu dipacu oleh pembiayaan bank yang inovatif terutamanya Dana Kelestarian yang dimandatkan kepada SME Bank seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2025.

“Pelan ini akan disokong oleh cadangan pembiayaan inovatif terutamanya Dana Kelestarian sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan kepada bank tersebut menerusi Belanjawan 2025.

Ia merangkumi tiga fasa utama termasuk penyesuaian kawal selia, penyepaduan amalan kelestarian dalam operasi dan peningkatan inisiatif kelestarian untuk impak serta kecekapan maksimum. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here