KUALA LUMPUR – Banjir besar yang berlaku di Valencia, timur Sepanyol disifatkan antara bencana yang terburuk dalam tempoh 50 tahun.
Ribut itu bermula pada Selasa, yang membawa hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dengan cepat dan berlaku kejadian puting beliung mengakibatkan labih 95 nyawa terkorban.
Ramai lagi mangsa gagal dikesan selepas dihanyutkan arus deras dan banjir lumpur.
Hujan lebat ini merekodkan 491mm hujan dalam masa 8 jam, hampir menyamai kadar hujan dalam tempoh setahun.
Rakyat Malaysia yang berada di Valencia, Sepanyol bagaimanapun dilaporkan tidak terjejas.