Pelakon, Diana Danielle.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle memberitahu dia sudah memberi notis kepada suaminya, Farid Kamil supaya keluar dari rumahnya secepat mungkin.

Ini kerana, katanya, dia dan Farid dalam proses bercerai dan enggan tinggal sebumbung lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Diana berkata, dia juga tidak bercakap dengan Farid semalam.

“Kami tidak bercakap menerusi telefon semalam. Saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses penceraian.

“Saya tidak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku. Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati,” katanya.

Farid sebelum ini menyifatkan kemelut yang melanda rumah tangga mereka hanya perselisihan faham kecil.

Diana Danielle telah mengejutkan ramai apabila memfailkan penceraian buat kali kedua menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya Isnin lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga kali pertama pada 3 November 2012 pernah bercerai talak satu menerusi platform Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun rujuk semula sebulan kemudian.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast