Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa hati apabila merasakan sukarnya untuk mencari sahabat sejati ketika berada dalam kesusahan.

Perasaan Najib itu dizahirkan pengendali Facebook beliau apabila menyatakan ramai yang hanya mahu bersama-sama dengannya  ketika senang dan ada juga yang bermuka-muka.

“Sukarnya mencari sahabat sejati…belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar.

“Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan…ada yang bermuka-muka, tetapi hidup ini memang penuh pengajaran.

“Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke mahkamah hari ini (semalam),” menurut hantaran itu.

Tengku Razaleigh Hamzah antara pemimpin UMNO yang berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Foto FB Najib RazakDalam hantaran berkenaan, pengendali Facebook Najib turut berkongsi gambar-gambar pemimpin politik yang berada di mahkamah semalam bagi mendengar keputusan kes membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Antaranya, Tengku Razaleigh Hamzah; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Mohd Nor Helmy Abdul Halem.

Selain itu, beratus-ratus penyokong dan rakyat bekas perdana menteri turut berada di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

“Ikhlas…inilah yang benar-benar sahabat sejati kerana di masa ini apalah yang ada lagi untuk diberi selain penghargaan dan ucapan terima kasih?

“Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat,” ujarnya.

 

Orang ramai yang hadir mengikuti prosiding keputusan kes 1MDB membabitkan Najib Razak semalam. Foto FB Najib Razak

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang memutuskan perkara itu melihat kes tersebut tidak cacat dan tidak prejudis.

Menurutnya, pasukan pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie dalam setiap pertuduhan itu pada akhir kes sebelum ini.

Beliau memutuskan kesemua pertuduhan itu telah dilakukan oleh Najib ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sabarlah DSNR mungkin DS tidak bernasib baik kerana t
    elah menjadi kambing hitam scammer berprofil tinggi (macam love scam). Dan kumpulan scammer ini mungkin disokong dan diatur oleh tangan ghaib (musuh politik DS) yang sangat cemburu dengan legasi DS. Kalau tidak kenapa DS saja yang tanggung akibatnya sedang kumpulan scammer yang kaut berbillion ringgit tu besas bersenang lenang diluar dan DS terpaksa menghadapi hukuan sendiri. Dato Zaid Ibrahim ada betulnya. DS sedang dibelit oleh ular yang besar. Semoga ALLAH SWT beri DS petunjuk dan panduan untuk keluar dari masalah. Doa tahajud boleh membantu.

  2. Bukan semua sahabat sejati yg boleh datang mahkamah. Ramai yg duduk depan komputer membaca portal berita online. Tak sabar2 nak tahu keputusan hakim Collin Sequerah. Jangan terlalu terburu-buru menilai niat sahabat sejati anda.

Comments are closed.