Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang wanita kerugian RM260,997 selepas diperdaya dengan sindiket ‘Love Scam’

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 32 tahun dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki luar negara yang mendakwa sebagai ahli perniagaan.

Suspek mendakwa lelaki itu mengalami masalah kewangan dan meminta modal perniagaan  untuk menampung perniagaannya.

Pengadu yang terpedaya telah membuat 14 kali transaksi dalam empat akaun berbeza bermula 14 hingga 27 Oktober 2024.

Selepas wang dipindahkan, suspek telah mendiamkan diri menyebabkan pengadu sedar dia  ditipu.

Wanita itu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kata Yahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast