Kawasan perumahan yang musnah akibat banjir di Letur, dekat Valencia, Sepanyol. - Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah Valencia timur Sepanyol yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terkorban, Foto AFP

KUALA LUMPUR – Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang berada di Valencia, Sepanyol dilaporkan terjejas oleh situasi banjir di negara tersebut.

Bagaimanapun rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan agar berwaspada dan mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, kata Kementerian Luar Negeri.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau situasi banjir besar yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol, susulan hujan lebat yang berterusan sejak 29 Oktober 2024.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol, khususnya kepada mangsa yang terkesan akibat banjir ini.

“Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancer,” kata kementerian itu dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di sana tetapi belum mendaftar atau mengemaskini keberadaan dan maklumat diri adalah digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh
menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid, seperti butiran berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MADRID
Alamat : Ave. de los MadroƱos 63B, 28043 Madrid
No. Telefon : +34659894943 (24 jam)
E-mail : [email protected]

– MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here