Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak diramal mengalami ribut petir sehingga pukul 1 tengahari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran itu pagi ini memaklumkan, keadaan sama turut dijangka berlaku di seluruh daerah di Pulau Pinang serta di Kedah yang meliputi Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Situasi sama turut diramal berlaku di Perak dengan kawasan terlibat termasuk Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

Manakala, di Sarawak pula, amaran melibatkan Kuching, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu dan Miri.

MetMalaysia mengeluarkan amaran tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlarutan lebih dari satu jam. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast