Ihsan Foto : PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak maut dalam nahas empat kenderaan di Jalan Kampung Panchur Kuin, Padang Kemunting, Batu Rakit, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira jam 9 pagi.

Tiga lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah Proton Wira, Honda Jazz dan sebuah lori jenis Mitsubishi.

“Berdasarkan laporan, Perodua Aruz dan Honda Jazz dilapor bergerak dari arah Kampung Titian Baru menghala ke Kota Bharu manakala Proton Wira dari arah Dungun menghala ke Besut.

“Lori itu pula datang dari arah Perak menghala ke bandar Kuala Terengganu,” katanya.

Siasatan awal mendapati berlaku perlanggaran apabila pemandu Proton Wira dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu berlanggar dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Susulan itu, lori tersebut terlanggar Perodua Aruz dan Honda Jazz, yang menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terkorban di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga manakala pemandu dan penumpang Perodua Aruz serta pemandu lori dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan,” tambahnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Bagi Daerah Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here