Herzi Halevi. foto Times of Israel

TEHRAN – Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, dilaporkan terselamat daripada diserang ketika berada di utara Gaza.

Menurut laporan Haaretz, Briged al-Qassam iaitu sayap tentera Hamas berjaya menyerang sebuah rumah yang mana Halevi dipercayai berada.

Media Israel berkata, Halevi melarikan diri daripada percubaan pembunuhan tanpa cedera, kerana serangan itu berlaku sejurus selepas dia meninggalkan kediaman itu.

Sumber Ibrani mendedahkan, peluru berpandu anti kereta kebal ditembak ke arah rumah itu semasa Halevi sedang menjalankan penilaian lapangan dengan pasukan tentera yang terlibat dalam operasi di utara Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast