Dr Kim Ching‬‭ Thoo‬‭

 

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya mengurangkan penggunaan hidroklorofluorokarbon (HCFC) sebanyak 70 peratus berbanding sasaran asal 43 peratus, menerusi pelaksanaan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) Peringkat 1, kata Ketua‬‭ Setiausaha‬‭ Kementerian‬‭ Sumber‬‭ Asli‬ dan‬‭ Kelestarian‬‭ Alam‬‭ (NRES) Datuk‬‭ Dr Kim Ching‬‭ Thoo‬‭.

Beliau berkata, perkara itu telah disampaikan semasa mewakili Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad ke mesyuarat Parti-Parti kepada Konvensyen Vienna kali ke-13 (COP13) dan Mesyuarat Parti Protokol Montreal ke-36 (MOP36), yang diadakan selama dua hari di Bangkok bermula semalam.

“Malaysia‬‭ turut‬ menyasarkan‬‭ penghapusan‬‭ penuh‬‭ penggunaan‬‭ HCFC‬‭ dapat‬‭ dicapai‬‭ menjelang‬ 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kim berkata, Malaysia turut memaklumkan pada mesyuarat tentang Pelan Pelaksanaan Kigali (KIP) yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini,  bertujuan‬‭ mengawal selia‬‭ pengimportan‬‭ dan‬‭ pengeksportan‬‭ hidrofluorokarbon‬‭ (HFC).‬‭

Beliau berkata, Malaysia telah‬‭ menyeru‬‭ anggota mesyuarat agar‬‭ sokongan‬‭ teknikal,‬‭ kewangan‬‭ dan‬‭ pembangunan‬‭ kapasiti‭ kepada‬‭ negara‬‭ membangun‬‭ termasuk‬‭ Malaysia, dapat‬‭ diteruskan‬‭ bagi‬‭ memastikan‭ pelaksanaan berterusan obligasi di bawah Protokol Montreal.

Pada mesyuarat itu juga, Kim berkata, beliau telah mengadakan‬ perbincangan‬‭ dua‬‭ hala‬‭ dengan‬‭ wakil‬‭ Bank‬‭ Dunia‬‭ dan‬‭ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi program alam sekitar (UNEP), membincangkan‬‭ peluang ‭ kerjasama‬‭ antara‬‭ kedua-dua‭ pihak dalam menyokong pelaksanaan Protokol Montreal.

Mesyuarat‬‭ COP‬‭ diadakan‬‭ setiap‬‭ tiga‬‭ tahun‬‭ sekali‬‭, manakala‬‭ MOP‬‭ merupakan‬ mesyuarat‬‭ tahunan‬‭ bagi‬‭ memuktamadkan‬‭ usul-usul‬‭ berkaitan‬‭ perlindungan‬‭ lapisan‬ ozon dan bahan pemusnah ozon (BPO), melibatkan penyertaan 198 negara yang menjadi parti‬‭ dan‬‭ bertanggungjawab‬ ‭ mengurangkan‬‭ atau‬‭ menghentikan‬‭ pengeluaran‬ serta penggunaan‬ BPO. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast