Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh sebuah pacuan empat roda yang keluar simpang di Jalan Tambun, Ipoh, Perak. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 9 pagi semalam.
Menurutnya, dalam kejadian itu pemandu kenderaan berusia 77 tahun bersama penumpang datang dari arah Kampung Baru Tambun telah keluar simpang.