Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) digantung berkuat kuasa 1 November 2024.
Keputusan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukan kepada Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku Pendaftar Peladang di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
Ketua Pengarah LPP, Amin Matamin berkata, ia sebagai usaha dan tindakan segera untuk memulihkan Nafas secara holistik dan mengembalikan kepercayaan kerajaan dan peladang.