Gambar Arkib MG

KUALA LUMPUR – Sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja dengan sebuah organisasi perjudian dalam talian tidak sah telah diperdagangkan ke Myanmar untuk berkhidmat dengan sindiket penipuan.

China Press melaporkan, pihak majikan menjerat pekerja dengan menawarkan pakej percutian syarikat yang didakwa sebagai ganjaran untuk semua petugas.

Seorang ibu memberitahu akhbar itu, anaknya bersama rakan sekerja lain menyertai satu rombongan syarikat ke Thailand pada dua tahun lalu, tetapi diperdagangkan ke Myanmar untuk bekerja dengan sindiket penipuan.

Si ibu yang merupakan seorang penjaja berkata, anaknya menghubunginya selepas menghilangkan diri di Thailand untuk sekian masa.

Katanya, sindiket telah meminta sejumlah “duit denda” untuk membebaskan anaknya.

Katanya, selepas meminjam RM25,000 dan membayar kepada sindiket, anaknya telah dibebaskan baru-baru ini.

Semasa diperdagangkan, anaknya berumur 17 tahun dan sudah berumur 19 tahun apabila dibebaskan.

Melalui bantuan seorang peniaga rakyat Malaysia di Thailand, orang muda itu telah selamat tiba di Bangkok dan sedang menguruskan prosedur dokumentasi dengan pihak berkuasa untuk pulang ke tanah air.

“Semuanya bermula apabila anak saya bekerja dengan sebuah syarikat judi online di Kuala Lumpur atas ajakan kawan.

“Selepas bekerja setahun, bosnya mengadakan rombongan ke Thailand dan anak saya ikut sahaja walaupun saya pernah menasihatkan bahawa ada risiko penipuan,” kata ibu tersebut.

Menurutnya, anaknya yang terpengaruh dengan rakan sebaya telah cicir sekolah pada umur 13 tahun.

Difahamkan, terdapat lebih 30 orang yang menyertai rombongan syarikat yang bertukar menjadi rombongan pemerdagangan manusia itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast