Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar Flagship Ekonomi Pengalaman Royal Belum Gerik
Salah seorang peserta dari Universiti Flinders Australia tidak melepaskan peluang mencuba melakukan aktiviti menyumpit di Kampung Kelewang pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

BERKELUASAN 400,000 hektar atau bersamaan dengan empat kali saiz  Singapura, hutan hujan di Royal Belum, Gerik itu dianggarkan berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil.

Terletak bersempadan dengan Taman Negara Bang Lang di Thailand dan Negeri Kelantan, Taman Negeri Royal Belum sememangnya kaya dengan flora dan fauna yang tidak ternilai harganya.

Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar
Para peserta bergambar di kawasan Air Terjun Sungai Ruok pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto SYAKIR YUSOF.

Atas faktor itu, seramai 17 pelajar dan sukarelawan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Flinders Australia dibawa menyertai Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) bermula 13 hingga 19 Oktober lalu.

Program pertukaran akademik serta kolaborasi rentas budaya itu dianjurkan UMK dengan kerjasama Yayasan Pulau Banding (PBF) serta Universiti Flinders Australia.

Meneroka Royal Belum selama dua hari antara pengisian STDM yang mana ia dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan kelestarian alam sekitar serta pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat Orang Asli setempat.

Salah satu pengisian Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) yang diadakan di Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Tropika UMK (UMK-TRaCe) Pulau Banding, Gerik.

Ia juga merupakan anjuran kali ketiga World Heritage Volunteers (WHV) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Koordinator WHV Royal Belum 2024, Dr Muhammad Firdaus Abdul Karim berkata, melalui program berkenaan beliau berharap ia dapat menjentik hati generasi muda tempatan dan antarabangsa dalam soal kepentingan memelihara permata alam seperti di Royal Belum.

Koordinator WHV Royal Belum 2024, merangkap Koordinator Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Tropika UMK (UMK-TRaCe) Dr Muhammad Firdaus Abdul Karim. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Beliau yang juga Koordinator Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Tropika UMK (UMK-TRaCe) Pulau Banding Gerik berkata, golongan itu harus diberi pendedahan agar memastikan mereka bersedia menggalas tanggungjawab ke atas warisan alam semula jadi itu selaku pemimpin masa hadapan.

“Jika mereka tidak diberi pendedahan sejak muda, mereka tidak akan faham tentang kepentingan alam sekitar. Dan akhirnya nanti mereka mungkin tidak akan sedar bahawa ia penting sehinggalah ia hilang begitu sahaja.

“Isu-isu seperti impak daripada perubahan iklim, perubahan ekosistem sehingga memberi kesan kepada rantaian makanan dan sumber hutan, antara perkara yang perlu mereka fahami sekarang,” katanya kepada MG Perak, baru-baru ini.

Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar
Pemandangan perkampungan Orang Asli di Kampung Kelewang dari Tasik Temengor di Taman Negeri Royal Belum. Foto SYAKIR YUSOF.

Selain meneroka kehijauan di Royal Belum, peserta program turut dibawa melawat ke dua perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Sungai Tiang dan Kampung Kelewang dengan menggunakan bot.

Tambah Muhammad Firdaus, walaupun keadaan di Australia berbeza dengan apa yang ada di Malaysia, namun beliau berharap para peserta antarabangsa itu dapat memahami lebih baik dalam soal pelancongan mampan.

Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar
Peserta dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Flinders Australia mendekati masyarakat Orang Asli pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar

Peserta dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Flinders Australia mendekati masyarakat Orang Asli pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Kata beliau, melalui STDM, kesemua peserta  diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Orang Asli yang mana ia memberi pengalaman mereka dalam memahami corak kehidupan masyarakat itu.

Mengulas lanjut, beliau turut menyifatkan usaha PBF dalam memelihara dan memulihara hutan hujan di Royal Belum sebagai sesuatu  usaha yang tidak ternilai.

“Usaha PBF yang turut memulakan kerjasama strategik dengan universiti awam (melalui penubuhan UMK-TRaCe) dilihat sebagai inisiatif berterusan dalam memastikan usaha memelihara Royal Belum ini dapat diperluaskan lagi.” tambahnya.

Pengalaman mendekati masyarakat Orang Asli

Salah seorang peserta yang juga anggota sukarelawan WHV, Nur Alia Hassim memberitahu, lawatan ke Royal Belum itu merupakan kehadiran kali ketiga buatnya di situ.

Pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) UMK itu memberitahu, selain daripada sudut sejarah, kekayaan biodiversiti menjadikan dia tidak jemu untuk tetap mahu sekali lagi ke Royal Belum.

Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar Pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) UMK, Nur Alia Hassim. Foto SYAKIR YUSOF.

Menurutnya, berbeza dengan siri program lain, pengalaman melihat sendiri corak budaya dan kehidupan seharian masyarakat Orang Asli akan menjadi memori indah buatnya.

“Perkara baru yang saya belajar melalui program STDM kali ini adalah dapat mendekati masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh daripada bandar.

“Saya dapat memahami kehidupan seharian mereka yang amat bergantung penuh kepada hasil semula jadi dan sumber hutan di Royal Belum,” ujarnya.

Perak taman negeri pelajar peserta australia UMK hutan hujan royal belum perak program kelestarian alam sekitar Acara malam kebudayaan santai yang diadakan dalam kalangan peserta dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Flinders Australia di rumah bot pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Tambah Nur Alia, kehadiran peserta dari Australia juga memberi nilai tambah apabila dapat bertukar-tukar fikiran serta budaya sesama mereka.

“Melalui usaha kolaborasi antara dua institusi dari dua negara ini dapat meningkatkan lagi pemahaman saya tentang corak budaya serta pandangan mereka tentang negara kita.

“Ini secara tidak langsung dapat menambahkan lagi jaringan hubungan antara pelajar UMK dengan mereka yang dari Australia,” katanya lagi.

Usaha yang boleh dijadikan contoh

Wakil delegasi yang juga Pensyarah Universiti Flinders Australia, Dr Gareth Butler memberitahu, walaupun kerap datang ke Malaysia, namun pengalaman di Royal Belum amat berbeza berbanding dengan lawatan di tempat lain.

Ujarnya, tujuh peserta daripada pelbagai latar belakang pengajian turut berasa teruja dan kagum selepas melihat sendiri usaha semua pihak dalam memelihara kehijauan di hutan tua itu.

Pensyarah Universiti Flinders Australia, Dr Gareth Butler

“Program ini telah membawa kami melihat keindahan flora dan fauna yang kaya di Royal Belum, di samping dapat mempelajari budaya masyarakat Orang Asli setempat.

“Malaysia memberi impak besar dalam karier saya sebagai penyelidik dan pensyarah bagi Program Kemanusiaan, Kesenian dan Sains Sosial. Dan untuk itu saya harap lebih ramai orang di luar negara ini dapat turut merasai pengalaman di Royal Belum,” katanya.


Para peserta bergambar di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang di perkampungan Orang Asli Sungai Tiang pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto SYAKIR YUSOF.

Ujar Butler lagi, usaha yang digerakkan Kerajaan Negeri Perak, PBF, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat dalam memelihara kelestarian alam hutan hujan itu amat dipuji.

“Mana-mana negara di dunia mengalami cabaran sama dalam memelihara kehijauan alam  seperti pembalakan haram, pemburu haram serta perubahan iklim.

“Namun amat menarik apabila dilihat semua pihak di sini menggembleng tenaga dalam memastikan Royal Belum kekal sebagaimana asalnya. Dan saya berharap ia dapat diadaptasi dan menjadi cerminan untuk pihak autoriti di Australia,” jelasnya.

Peserta melakukan aktiviti jelajah hutan dengan menyeberangi anak sungai di kawasan Air Terjun Sungai Ruok pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto AMIRRUL RABBANI RASHID.
Peserta dari  diberi maklumat tentang tumbuh-tumbuhan herba oleh pemandu pelancong alam semulajadi pada Program Pembangunan Pelancongan Lestari Malaysia (STDM) di Taman Negeri Royal Belum Gerik. Foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, Perbadanan Taman Negeri Perak merupakan antara agensi bertanggungjawab selaku peneraju di bawah Flagship Ekonomi Pengalaman.

Malah dalam Niche Daerah, Hulu Perak merupakan daerah yang berpotensi dalam sektor warisan dan eko-pelancongan di samping memperkasakan ekonomi berteraskan biodiversiti. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lenggong destinasi baharu sukan permotoran lasak

XPDC Royal Belum semarak merdeka bersama orang asli

MGPerak: Belajar Dari Royal Belum

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast