Azam Baki

KUALA LUMPUR – Siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

“SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

“SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Azam mahu orang ramai memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terbabit. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here