A Palestinian walks past damaged buildings in Khan Yunis on the southern Gaza Strip on October 29, 2024, amid the ongoing war between Israel and the Palestinian militant group Hamas. (Photo by BASHAR TALEB / AFP)

GAZA – Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal memberi amaran bahawa ribuan penduduk kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan di utara Gaza susulan operasi pasukan penyelamat terjejas teruk akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh berturut-turut.

Dalam kenyataan kepada agensi berita Qatar (QNA), Basal merayu kepada masyarakat antarabangsa dan institusi kemanusiaan termasuk Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk segera campur tangan bagi membolehkan pasukan Pertahanan Awam menjalankan tugas kemanusiaan mereka.

Beliau menegaskan keperluan untuk membenarkan kenderaan bomba dan penyelamat kembali beroperasi, sambil menyatakan bahawa tentera Israel menahan kenderaan bomba dan ambulans berhampiran tanah perkuburan Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza dan melepaskan tembakan dari pesawat kepada sesiapa yang cuba mendekatinya.

Selama 28 hari berturut-turut, utara Gaza khususnya kem Jabalia dan Beit Lahia berdepan pengeboman, kepungan dan kelaparan, lapor QNA. – BERNAMA-QNA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast