Poster filem Pendekar Awang

ISTANBUL – Filem epik pahlawan Melayu, “Sword of Islam,” atau “Pendekar Awang,” ditayangkan di Istanbul.

Kisah ini diilhamkan daripada kisah benar yang menggambarkan penentangan orang Melayu terhadap pencerobohan British ke atas tanah Melayu pada abad ke-19.

Filem terbitan Malaysia itu memaparkan perspektif baharu tentang kekayaan tradisi, nilai dan perjuangan negara.

Seorang pelakon dalam filem itu, Ali Karimi, yang memegang watak sebagai abang kepada watak utama, memberitahu Agensi Anadolu bahawa dia berharap filem itu akan meningkatkan patriotisme dan “mempertahankan diri” terhadap penjajahan.

Selain memberikan hiburan, “Sword of Islam” bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme, cinta akan tanah air dan pemahaman tentang perjuangan menentang penjajahan asing.- BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast